Friday 4 May 2012

Surat

Noor Amanina Binti Musa,
Lot 1057, Mukim Klebang Batu 3,
Jalan Pokok Mangga,
75200 Melaka.
_________________________________________________________________________________

Encik Adli Yunus Bin Lokman,
University Mansoura,
Mesir.

Tuan,
Memohon Sedikit Masa daripada Tuan untuk Membaca Ini.


Merujuk kepada perkara di atas, saya, Noor Amanina Binti Musa, ingin memaklumkan pihak tuan untuk sentiasa bersedia menghadapi beberapa kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan mempunyai hubung kait dengan pihak tuan. 

1) Disebabkan oleh beberapa faktor, saya ingin memaklumkan pihak tuan agar sentiasa bersabar dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Saya telah difahamkan oleh 'blog's traffic' bahawa pihak tuan telah datang mengunjungi laman ini sebanyak sekali pada malam semalam. (So sad, it's only once) :( 
Walaupun saya tidak mengemaskini blog ini, namun tuan telah datang juga. Seribu sesalan saya ucapkan atas kekecewaan yang telah dihadapi oleh pihak tuan. Saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk sentiasa memberikan layanan yang baik agar tuan tidak lagi bersedih dan bermurung akan kelewatan saya menulis blog.

2) Saya berharap agar tuan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perhubungan sosial saya di internet. Tidak ada sesiapa yang dapat menggantikan tuan, kerana tuan adalah istimewa. Hihihi :D

3) Untuk makluman pihak tuan, saya sering tertanya-tanya apakah tuan akan balik beraya pada tahun ini ataupun tidak? Sekiranya tuan akan pulang, saya memandang ke hadapan (look forward) untuk mengetahui bilakah tarikh kepulangan tuan. Malah, saya juga ingin tahu bilakah tuan akan menghadapi peperiksaan akhir tahun?

4) Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah setia untuk datang berkunjung ke laman ini. Segala usaha dan penat lelah tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 

Yang berusaha,
Nina
(NOOR AMANINA BINTI MUSA)
Empunya Blog Nina 
_________________________________________________________________________________

HAHAHAHA! Takde idea nak tulis apa, so I did that! Feel like laughing pulak masa tulis ayat tu! =D 

To you, 
Thanks for visited this blog. Will try to update as often as I can. But really sorry if I don't :( Do take care of yourself and behave! Jangan nakal-nakal (Hehehe :P) 

p/s: If you noticed, there are difference between the word 'you' and 'u' I typed on twitter. 'You' refers to others, but 'u' refers to you. Hope you can differentiate that and won't get confused of my status =)


With love, 
Nina

2 comments: